Kalau anda baru nak mula berniaga online, atau dah ada prospek masuk WhatsApp tapi selalu blur nak jawab apa, CloseCraft AI bantu anda susun ayat reply, follow-up dan closing dengan lebih kemas.
Sistem Skrip WhatsApp, Follow-Up & Closing Untuk Peniaga Online
Ini situasi biasa untuk peniaga yang baru nak mula. Bukan semua orang terus pandai closing dari hari pertama. Yang penting, kita ada panduan yang boleh dirujuk.
Biasanya ada 3 punca besar yang buat prospek hilang sebelum membeli.
Harga tanpa konteks mudah nampak mahal, walaupun produk sebenarnya berbaloi.
Bila tak tanya, kita hanya meneka. Prospek pula rasa kita tak faham situasi mereka.
Prospek yang belum yakin dibiarkan senyap tanpa mesej susulan yang sesuai.
CloseCraft AI bukan bot. Bukan software auto-reply. Ia ialah kit panduan digital yang bantu anda bercakap dengan prospek menggunakan flow yang lebih teratur.
Penjual: “RM47.”
Prospek: senyap.
Penjual: “Boleh, saya share harga ya. Cuma sebelum itu, boleh saya tahu anda nak guna kit ini untuk bisnes produk, servis atau kelas online?”
Framework ini dibina atas prinsip mudah: jangan terus menjual sebelum memahami. Soalan yang baik membantu kita faham keperluan prospek, kemudian barulah kita cadangkan solusi yang sesuai.
Ini bukan sekadar koleksi ayat rawak. Kandungan disusun ikut perjalanan sebenar prospek dari mula bertanya sampai follow-up dan closing.
Panduan utama cara guna skrip WhatsApp, flow Q-Sell, nota etika dan cara menyesuaikan skrip ikut produk sendiri.
Skrip untuk prospek baru, tanya harga, minta detail, kata mahal, fikir dulu, senyap, dan closing lembut.
Prompt siap guna untuk bina skrip tambahan ikut niche sendiri menggunakan ChatGPT, Claude atau Gemini.
Soalan untuk kenal pasti keperluan, masalah, bajet, urgency dan keraguan pelanggan sebelum membeli.
Susunan follow-up harian supaya prospek tidak dibiarkan hilang, tetapi juga tidak rasa dispam.
Template mudah untuk rekod prospek, status follow-up, catatan dan tindakan seterusnya.
Bahagian biru ialah template asal. Bahagian hijau ialah contoh yang sudah diubah supaya pengguna nampak dengan jelas cara menggunakannya.
Boleh, saya share harga ya. Cuma sebelum itu, saya nak pastikan anda tengok pilihan yang sesuai dulu.
Untuk [nama produk/servis], biasanya pilihan bergantung pada [keperluan / pakej / kategori].
Boleh saya tahu anda nak guna untuk [tujuan utama customer] ya?
Boleh, saya share harga ya. Cuma sebelum itu, saya nak pastikan anda tengok pilihan yang sesuai dulu.
Untuk CloseCraft AI, biasanya pilihan bergantung pada jenis bisnes dan keperluan skrip jualan.
Boleh saya tahu anda nak guna untuk jualan produk sendiri di WhatsApp ya?
Sebelum tengok harga launch, semak dulu nilai rujukan setiap komponen jika ia disediakan secara berasingan.
Ini ialah fasa awal pelancaran. Kita mahu lebih ramai peniaga kecil boleh cuba, guna, dan beri feedback sebelum harga dinaikkan ke fasa seterusnya.
Harga pengenalan ini bukan kerana nilai produk rendah, tetapi kerana ia dibuka untuk fasa launch edition.
Isi borang bayaran di bawah untuk terus dapatkan akses selepas pembayaran berjaya.
Tidak. CloseCraft AI ialah produk digital berbentuk PDF panduan, skrip, prompt dan checklist.
Tidak. Ia bukan bot auto-reply. Pengguna masih perlu copy, ubah dan hantar sendiri.
Boleh. Bahagian utama ialah skrip siap guna dalam PDF. Prompt AI cuma bonus tambahan.
Tidak. Kit ini tidak menjamin sebarang jumlah jualan. Ia membantu dari sudut komunikasi jualan, susunan skrip, follow-up dan cara menjawab prospek.
Disebabkan ini produk digital, pembelian adalah muktamad selepas akses diberikan. Jika ada masalah akses, pihak kami akan bantu semak.
CloseCraft AI Starter Kit ialah produk digital berbentuk panduan, skrip, prompt dan checklist. Produk ini bukan software automasi, bukan bot WhatsApp dan tidak menjamin sebarang jumlah jualan.
Hasil penggunaan bergantung kepada kualiti produk, harga, offer, kepercayaan pelanggan, cara layanan, konsistensi follow-up dan keadaan pasaran.
Gunakan skrip ini dengan jujur, sopan dan profesional. Jangan buat claim palsu, jangan janji hasil yang tidak pasti, dan jangan guna scarcity palsu.